blogNew website

Website Berwajah Baru

kgtrans maintenance

www.kgtrans.com.my DOWN!!!

website settingWebsite kgtrans dah down dari pertengahan bulan Dec. Patutlah sunyi sepi, kos iklan dkt google adwords naik mendadak tapi bilangan booking penghantaran berkurang. Sekali check taip www.kgtrans.com.my naik blank kaler putih. Dah syak dah ini masalah plugin. Bila disiasat balik rupanya-rupanya ada masalah setting dari awal bulan November lagi, tapi time tu on/off. Ada yang plugin dh diupdate tapi tk compatible dengan version yang sedia ada. Tiada cara lain, admin terpaksa delete semua sekali dan buat baru, kenalah bermula dari awal first step.

 2018 berwajah baru

Pada saat ini (dah masuk 1 Jan 2018) pembikinan website masih lagi 55% siap. Ada banyak penambahbaikkan dibuat. Website kgtrans kalini lebih canggih dari version sebelumnya. Kgtrans banyak dapat booking penghantaran dengan cara online, jadinya kira online bisnes jgklaa. 65-70% sales bulanan datangnya dari online, yang lain-lain tu repeat customer, walk-in customer & rekemen dari owner kereta motor yang bagi contact. Tak dinafikan masa kini boleh dikatakan open market, trend pengguna yang informative, cari dulu maklumat, suvey dulu syarikat mana yang kena dengan kehendak pelanggan lepastu pulak kena gaya dengan apa yang diperlukan memang itulah menjadi pilihan. Bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan perkara yang penting ialah kualiti servis dan harga.

Penghujung 2017 yang hambar

mencabarKalau diikutkan trend pengguna dalam sektor cargo domestik ni antara bulan Nov & Dec adalah peak period. Memang ramai orang akan tercari-cari perkhidmatan kargo pindah barang Sabah/Sarawak ke Semenanjung. Ramai orang dapat posting terutamanya cikgu-cikgu yang berjaya eg-tukar. Senang cerita dalam uruskan kargo hujung tahun ni memang tak menang tangan. Talipon tak sunyi ada kalanya sampai takdan angkat call, ada tak sempat reply whatsApp, dekat facebook memang banyak yang missed, pm tkdan buka, komen tk sempat reply.  Tapi lain pula senarionya hujung tahun 2017.  Boleh dikatakan banyak relax dalam dua bulan lepas. Handphone lambat habes bateri,,, talipon opis banyak membisu daripada berdering… Ini daripada penangan website down, ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang agak mencabar sekarang nii. Banyak jugak bisnes lain yang dekat luar sana yang slow..

Harapan tahun baru

new hopeDengan keadaan masa kini yang sememangnya mencabar, kami di kgtrans masih lagi kekalkan momentum dan berusaha memberikan servis yang lebih baik dari hari ke hari. Masuk 2018 secara rasminya dh 3 tahun kgtrans bertapak. Banyak juga pengajaran dan pengalaman yang dapat terutamya menguruskan customer. Dalam soal urusan kargo hantar kereta motor ni tak susah, apa yang anda perlu buat hanyalah sediakan dokumen, pilih tarikh yang bersesuaian dan tunggu kenderaan anda sampai. Yang menjadi kekangan bila hantar dengan kapal laut ni maklumlah, masa yang agak panjang. Kalau kapal terbang sekali delay dalam 1-3 jam selalunya. Tapi kapal laut ni sekali delay ada kalanya makan minggu. Lepastu pulak proses agak lama. Kalau kapal smpai bukan terus boleh ambik, kena selesaikan dulu urusan di pelabuhan termasuklah proses kastam. Paling cepatpun 1-2 hari. Alhamdulillah sepanjang menguruskan unit kenderaan dan pindah barang takda satupun yang tak sampai, semuanya sampai dengan selamat. Tak pernah lagi motor atau kereta customer hilang tanpa dikesan. Cuma kalau ada masalah pun lewat sampai. Kenderaan diuruskan oleh ejen-ejen yang berpengalaman, setiap penghantaran juga dimaklumkan tempoh ETA (jangkaan kereta dan motor sampai). Jadinya anda tak perlu risau dan khuatir dengan keselamatan kenderaan anda. Semuaya berjalan lancar diuruskan mengikut SOP ditetapkan.

Share this: