ETA

Berapa lama perlu saya tunggu???

ETA PKG

Lama mana saya kena tunggu??

” Saya dh hantar kereta saya hari Isnin lepas, bila agaknya sampai?”
” Saya nak hantar barang dari Semporna ke Semenanjung, bila agaknya ada lori?:
” Motor saya dh hantar ke Kuching minggu lepas, apa status motor saya,,?”

Persoalan seperti di atas selalu di ajukan oleh rakan-rakan yang membuat penghantaran. Status terkini barang-barang yang dihantar ada kalanya menjadi penting,, boleh jadi kastemer memerlukan motor atau kereta nak pakai dengan segera ataupun bimbang dengan keadaan motor atau kereta yang dihantar kalau-kalau dicuri atau dilarikan. Tak kurang juga yang excited baru pertama kali hantar dengan kapal laut… Bermacam-macam yang terlintas dalam kepala… “Kalau-kalau motor aku tak sampai”,,, “ehh, boleh percaya ke dengan syarikat ni, jumpa pun tak pernah. Main pakai hantar jer nnt kena tipu baru padan”

 

Tempoh masa yang diperlukan..waiting,,,

Terima kasih kepada majoriti pelanggan yang memberikan kepercayaan kepada KGTrans menguruskan kargo masing-masing. Walaupun tidak pernah bersua atau berkunjung tiba jumpa kami, anda tetap menyokong kami terus memberikan kekuatan dalam menyediakan servis penghantaran. Seperti biasa, kami di KGTrans merupakan pihak yang mengurus kargo anda. Kami bukanlah pemilik kapal ataupun pihak yang ada autoriti dengan pelabuhan yang boleh membuat keputusan terhadap operasi kapal dan pelabuhan. KGTrans bertindak memudahkan urusan penghantaran anda… Mencuba sedaya-upaya memastikan aset anda sampai dengan selamat.

Perkara yang perlu diambil kira apabila hantar dengan jalan laut(kapal), sememangnya¬† makan masa yang lebih panjang daripada kaedah darat atau udara. Lepastu,, prosedur pun ada bezanya juga,, setiap benda yang dihantar perlulah melalui prosedur kastam. Segalanya tertakluk dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jika kapal dijadualkan tiba ada tarikh yg tertera, barang/kenderaan anda bukannya boleh terus diambil,,, sekurang-kurangnya 2 hari bekerja diperlukan untuk selesaikan proses dokumen kastam dan juga proses pelabuhan. Itu belum lagi jika berlaku kelewatan@delay. Delay kapal terbang hanya makan masa jam. Delay hantar dengan jalan laut makan masa berhari-hari. Jika belum ada sebarang update dari kami maknanya ia masih lagi dalam proses dan segalanya berjalan seperti biasa…

 

Lori/treler masih tak ambil atau hantar barang saya lagi sampai sekarang….

” Encik kata nak ambil barang saya minggu ini, tapi sampai sekarang takde berita apapun, macamna ni?”
Ini adalah contoh soalan panas yang selalu juga kami dapat. Sekali baca macam kastermer marah sebab janji nak uruskan dalam masa yang ditetapkan tapi macam janji tinggal janji,, lepastu kena tunggu lama sampai bila.
Apa sebenarnya yang terjadi,,,
– Perkara ini terjadi pada kebanyakkan pelanggan yang booking kargo tumpang atau kargo barang sikit-sikit.
– Barang-barang tersebut sebenarnya akan diambil sekali dengan barang lain di lokasi yang sama.
– Jika satu lori 3 tan nak jalan, tapi muatan masih lg sikit yang mana caj harga ambil barang tumpang tu masih lagi tak boleh cover kos operasi perjalanan lori. Itu sebabnya barang-barang akan diambil sekali yang lain.
– Ada juga terjadi selalunya di kawasan pendalaman yang mana lori besar tak boleh masuk, owner tak beri kerjasama hantarkan ke laluan utama. Ataupun kawasan tersebut kawasan berbahaya seperti ada tempat di Lahad Datu.

Solution,,

– Jika barang anda sikit & nak save kos… Pastikan anda buat perkiraan terlebih dahulu berkenaan bajet masa. Peruntukkan masa menggungu yang lebih lama sekiranya terjadi kelewatan lori.
– Jika anda dah tak sempat lagi nak tunggu,,,, anda dah nak balik tapi lori belum ada, pastikan wakilkan kepada kawan-kawan untuk uruskan proses serahan/urusan pick up barang. Wakil dibenarkan takda masalah.
– Jika anda tetap juga mahukan barang-barang anda diambil mengikut tempoh yang anda tetapkan, anda mestilah booking@sewa sebiji lori penuh.

Share this: