FAQ(Soalan Lazim)

PERSOALAN YANG SERING DITANYA....

Soalan-soalan popular  yang sering ditanya berdasarkan pengalaman kami menguruskan kargo penghantaran

FAQ hantar kereta

Tempoh penghantaran mengikut destinasi dan jenis kapal.

Kapal RORO: Port to Port –  seminggu ke 12 hari
Door to Door – 2 minggu ke 3 minggu

Kapal kontena: Port to Port – 2 minggu ke 3 minggu
Door to Door – 3 minggu ke 4 minggu

Jika berlaku kelewatan kapal/kapal delay, pihak kami akan memaklumkan kepada tuan/puan. Perlu diingatkan jika berlaku kelewatan pergerakan kapal bukanlah di bidang kuasa kami, Kami di KGTrans bereranan sebagai pihak yang menguruskan penghantaran barang-barang sahaja.

 

Share this:

 

Jika saya nak masukkan barang-barang peribadi, adakah dikenaan caj tambahan yang lain?
Tidak. Bawa barang-barang dalm kenderaan percuam tiada caj dikenakan, harga hanya caj ke atas kenderaan sahaja

Bolehkah masukkan barang-barang dalam kereta, atau bawah seat motor, atau letak di belakang 4×4/lori?
Boleh. Barang-barang yang dibawa bersama kenderaan anda adalah tanggungjawab sepenuhnya kepada anda sebagai pemilik. Pihak kami tidak akan melayan sebarang tuntutan atas kerugian barang dibawa hilang atau rosak

Share this:
 

Apakah prosedur dokumen diperlukan untuk buat  penghantaran?

Jika kenderaan persendirian…
1- Salinan IC/Mykad/Passport  depan & belakang pemilik yang sama seperti dalam geran.
2- Salinan Geran/Greencard depan & belakang.
3- Salinan surat pelepasan bank/AEON/Surat Kedai yang anda buat loan.

Jika kenderaan milik syarikat…
1- Salinan IC/Mykad/Passport  depan & belakang pengarah/pemilik.
2- Salinan Geran/Greencard depan & belakang.
3- Salinan surat pelepasan bank/AEON/Surat Kedai yang syarikat loan.
4- Salinan dokumen syarikat- Form 9, 24, 49.
5- Surat lantikan ejen–> Contoh format  akan diberikan semasa anda buat booking.

Jika kenderaan milik NGO/Badan berkanun…
1- Salinan IC/Mykad/Passport  depan & belakang pengarah/
2- Salinan Geran/Greencard depan & belakang.
3- Salinan surat pelepasan bank/AEON/Surat Kedai yang memberi loan kepada organisasi anda.
4- Salinan dokumen organisasi berkenaan.
5- Surat lantikan ejen–> Contoh format  akan diberikan semasa anda buat booking.

Jika anda membuat tempahan kontena…
– Senarikan jenis dan jumlah barang yang nak dihantar.
– Nak hantar dari mana ke mana; Door to door, warehouse to warehouse
– Jika perlukan lori ambil dan hantar; sila maklumkan tersebut nak diuruskan dari rumah teres/flat/apartment
– Packing barang-barang tersebut dalam kotak, jika barangan saiz besar seperti perabot pastikan anda bukan terlebih dahulu.
– Jika perlukan juga servis pakaging, maklumkan kepada kami terlebih dahulu.


Bagaimanakah cara atau langkah yang diperlukan…
1- Kenalpasti apakah kenderaan yang anda nak hantar.
2- Nak hantar dari mana ke mana?
3- Sediakan dokumen secukupnya seperti di atas.
4- Semak harga terkini di sini.
5- Semak tarikh kapal di sini.
5- Jika sudah bersedia, anda terus buat booking online di sini ataupun boleh call/whatsapp di 0124784344 (wasap.my/0124784344/booking).


Tempoh masa diperlukan

– Booking akan ditutup 4-5 hari sebelum tarikh kapal. Pastikan buat booking sebelum tarikh tutup.
– Serahan kenderaan paling lewat 2-3 hari sebelum tarikh kapal. Jika kontena serahan 3 hari sebelum tarikh
– Kenderaan anda akan sampai antara 7-12 hari(port to port) dan 10-21 hari(door to door). Jika berlaku kelewatan, ianya disebabkan

  • Kapal delay.
  • Transport yang menghubungkan dari port ke destinasi belum ada trip. Kenderaan anda dihantar bersama unit kenderaan yang lain.
  • Masalah teknikal semasa proses clearance di pelabuhan.

Tuntutan/Ambil kenderaan dan barang-barang

– Selepas selesai semua proses di pelabuhan, kereta/motor/kontena anda barulah akan release keluar dari pelabuhan.
– Pihak kami akan memaklumkan details tuntuan; siapakah ejen yang akan menguruskan membuat serahan kunci kepada anda dan juga lokasi. Set appointment dengan wakil kami dahulu sebelum pergi ambil kenderaan/barang anda.
– Bawa bersama dokumen IC/Mykad dan juga slip/resit pembayaran bank yang mana anda masukkan duit ke dalam akaun.
– Wakil juga dibenarkan membuat tuntutan/ambil barang bagi pihak, dengan syarat telah mendapat kebenaran daripada pemilik kenderaan

Share this:
Category: Prosedur
 

Ada sewa full kontena (FCL) & Kontena tumpang (LCL)

Full kontena (FCL)
1- Jika booking FCL lebih mudah anda boleh isi apa saja sampai penuh kontena.
2- Barang-barang yang dibenarkan sahaja diterima, dilarang sama sekali masukkan barang-barang yang salah di sisi undang-undang.
3- Semua barang-barang mestikan diisytiharkan, sediakan list barang yang dihantar(packing list)

Kontena tumpang (LCL)
1- Jika hantar dengan kontena tumpang(LCL) barang anda hanya dihadkan saiz yang ditempah sahaja, jika jumlah barang lebih banyak daripada size yang anda tempah, caj akan dikenakan berdasarkan jumlah sebenar barang yang sampai kepada kami.
2- Saiz/space penghantaran barang dengan kontena ditentukan dengan CBM(Panjang x Lebar x Tinggi) keseluruhan. Jika terdapat lebihan ukuran, jumlah CBM akan dikira yang mana lebih terbesar(rounding up).


Khidmat lori ambil dan hantar barang.
1- Sekiranya anda perlukan servis ambil dan hantar barang dari rumah sila maklumkan lokasi rumah, jenis rumah(apartment/teres).
2- Beritahu kami jika perlukan manpower untuk angkat & turun barang.

Share this:
Tag: kontena
 
Share this:
Category: syarat
Tag: syarat
 

1- Pembayaran mestilah dibuat:
– Jika dari Semenanjung/Port Klang mestilah pembayaran penuh sebelum tarikh kapal bertolak
– Jika dari Sabah/Sarawak pembayaran mestilah sebelum kapal masuk Port Klang.

2- Adakah dikenakan deposit?
– Setakat ini tiada deposit dikenakan untuk penghantaran dengan kapal RORO port to port.
– Deposit hanya dikenakan

  • Untuk confirm booking kontena
  • Untuk kenderaan yang perlu diambil dari rumah anda.

3- Jumlah deposit,,,
– Akan dikenakan antara RM200-RM500 semasa buat booking mengikut jenis penghantaran.

4- Mengapakah dikenakan deposit?
– Deposit dikenakan sebagai confirmation anda yang serius membuat penghantaran.
– Setiap booking slot kapal/kontena melibatkan kos bagi pihak kami. Sekiranya anda membuat tempahan kontena dan cancel last minit, caj akan dikenakan kepada kami.
– Mengelakkan pemilik cancel last minute terutamanya melibatkan kereta yang perlu diambil dari rumah.

5- Bagaimanakah kaedah pembayaran?
– Pembayaran boleh dibuat melalui; transfer bank, cash semasa serahan(pastikan  maklumkan terlebih dahulu kepada PIC yang akan menguruskan receiving kenderaan anda) dan melalui paypal(tambahan caj 5% akan dikenakan)

6- Bolehkan saya bayar selepas barang/motor/kereta saya dah diterima?
– Sebelum ini tiada masalah, naum terdapat beberapa kes di mana ada pemilik tertentu yang berjanji membayar selepas dihantar tetapi tidak membayar, ada yang terus diam, ada yang block call.
– Oleh itu pihak syarikat membuat mewajibkan pembayaran dibuat sebelum barang sampai. Dalam masa yang sama juga melancarkan proses menguruskan kenderaan anda keluar.

Share this:
 
Share this: