Blog

Kenapa Shipping Kontena Lambat???

Kenapa Shipping Kontena Lambat??? 1

Barang saya lambat sampai,, urgent nak pakai ni. Boleh bagi cepat sikit boleh tak?

Berikut adalah proses penghantaran menggunakan kontena yang memakan masa paling kurang 2 minggu lebih kadang-kadang ke sebulan.
– Setiap proses yang terlibat memerlukan masa.
– Ada waktunya berlaku kapal lambat. Jika delay bukan sejam dua, paling kurang sehari dua.
– Jika penghantaran kontena LCL (share kontena) memerlukan kontena penuh baru boleh jalan. Jika tidak akan melibatkan kos agak tinggi.
– Belum lagi musim perayaan(peak period). Cthnya CNY banyak kontena limau masuk port. Kontena hantar barang balik kampung

Gambar di bawah memberikan penjelasan ringkas bagaimana proses sesebuah kontena diuruskan

Kenapa Shipping Kontena Lambat??? 2
Proses yang terlibat sepanjang shipping kontena

Penghantaran barang-barang dengan kontena tak sama macam naik flight. Naik flight bila delay delay jam. kalau kontena dengan kapal laut bukan jam lagi. Tapi delay hari. Lepastu pula melibatkan banyak proses dan pelbagai pihak yang kena ejen berususan.

Jika anda perlukan barang sampai dengan segera ataupun urgent. Elakkan guna kapal laut. Rancanglah sebaik mungkin masa dengan bijak. In case jika barang sampai lewat daripada perancangan sudah tentu akan push ejen. Sekalipun anda mendesak bukan semua proses ejen boleh selesaikan segera. Kena deal dengan shipping liner, kena deal dengan pihak pelabuhan, kena deal dengan kastam, kena deal dengan syarikat haulage (treler yang angkut kontena keluar port ke store/warehouse).

Syarikat penghantaran sebenarnya akan cuba buat sehabis baik uruskan penghantaran barang-barang pelanggan dari mula diambil sehingga selamat sampai ke destinasi. Lagi lama barang ada dengan syarikat selagi itulah syarikat bertanggungjawab terhadap risiko barang anda. Jika lewat diuruskan, syarikat terpaksa berbelanja terhadap kos storage, membayar denda yang mungkin akan dikenakan dan sebagainya.