Blog

APA YANG PERLU UNTUK MEMBUAT PENGHANTARAN KARGO PINDAH

hantar barang kontena

Kebiasaannya apabila anda membuat keputusan berpindah ke tempat baru, perkara yang tak dapat dielakkan ialah bilakah anda perlu berpindah dan bagaimanakah urusan barang-barang yang perlu dibawa bersama ke tempat baru. Tidak kira apapun sebab yang membuatkan anda perlu berpindah sama ada arahan majikan, balik kampung halaman, mengikut pasangan, memulakan kehidupan baru dan sebagainya. Anda perlu menguruskannya dengan bijak dan kaedah paling selamat dengan kos paling jimat. Oleh itu terdapat beberapa perkara yang perlu anda fikirkan

Kenalpasti apakah yang nak dibawa bersama

Sekiranya anda sudah berkeluarga sudah tentu sudah mempunya banyak barangan dalam rumah seperti peti sejuk, peti ais, katil, tilam, perabot, peralatan elektrik, pakaian, pinggan mangkuk, mainan anak-anak termasuk juga kereta dan motosikal. Jika anda mempunyai bajet pindah yang cukup untuk membayar kesemua kos kargo anda boleh membawa kesemuanya dengan kos yang agak tinggi. Semakin besar saiz space anda perlukan semakin tinggi kos kargo yang perlu dibelanjakan. Jika anda ingin menjimatkan kos,
– kenalpasti hanya barang-barang yang penting sahaja,
– hadiahkan barangan kepada rakan-rakan dan saudara-mara,
– jualkan barangan yang bersaiz besar,
Melainkan jika anda dapat peruntukan yang mencukupi daripada majikan seperti kakitangan kerajaan dan staff syarikat, anda boleh pindahkan semua barangan anda.
Sepanjang pengalaman kami, kebanyakkan pelanggan akan mengutamakan kenderaan kereta dan motor sampai dulu. Jika tidak akan “patah kaki” di tempat baru jika anda tidak mempunyai kenderaan.

Rancang masa dengan bijak

Perancangan masa amat penting!
Bagi penghantaran dengan kargo kontena kapal laut, anda perlulah merancang masa -timing kena cantik.
Seperti sedia maklum penghantaran barang pindah dengan kapal laut semestinya akan memakan masa yang panjang. Jangan pernah anggap barang anda akan sampai sepantas naik kapal terbang, kalau delayed pun sejam-dua. Penghantaran dengan kapal laut akan ambil masa berminggu sehingga sebulan lebih, belum lagi apabila kapal delay ataupun perubahan jadual last minute. Lepastu kejan ejen suruh cepatkan hantar,,, sebenarnya ejen shipping yang uruskan penghantaran kargo anda tu lagi suka kalau barang anda cepat sampai,, dh boleh selesai tugas dia.
Penghantaran dengan kapal laut memerlukan masa panjang. Jika kontena – kena prepare barang-barang susun masuk kontena 4-5 hari sebelum tarikh kapal, kontena yg siap masukk barang(stuffing) akan ditutup & sealed, haulage/treler bawa kontena dari store masuk ke dalam port standby tunggu kapal masuk sebelum loading ke dalam kapal. Dalam itu juga proses dokumentasi kastam akan diuruskan. Begitu juga apabila dah sampai dekat port destinasi, kena clearance kastam dulu barulah kontena boleh release bawa keluar ke stor. Itu belum lagi proses lori ambik barang dan hantar ke rumah.
Pastikan buat booking terlebih dahulu dan jangan tunggu last minit.

Ketahui prosedur dan persediaan dokumen yang diperlukan

Jika pertama kali membuat penghantaran barang pindah ataupun shipping kereta/motor, sudah tentu tertanya-tanya apakah prosedur dan dokumen apa yang kena sediakan. Urusan penghantaran dengan kapal laut tidaklah terlalu susah utk diuruskan dan bukannya semudah pos surat. Apapun ia memerlukan anda menyediakan dokumen seperti berikut;

  • Kenderaan (Kereta/Motor)
    1- Salinan IC/Mykad Pemilik Depan & Belakang
    2- Salinan Geran/Kad Kenderaan Depan & Belakang
    3- Salinan Surat Pelepasan Bank/Kreditor (bagi kenderaan yang masih terikat dengan loan)
  • – Barang peribadi (Kelengkapan Rumah/Perabot/Kotak-Kotak)
    1- Salinan Salinan IC/Mykad
    2- Senarai Lengkap Barang-Barang
    3- Maklumat Penerima
    4- Alamat dari mana ke mana
  • Dapatkan maklumat daripada syarikat/ejen yang menyediakan servis yang diperlukan seperti harga, tarikh kapal, tempoh masa, review/testimoni. Apa yang perlu ada lakukan ialah buat survey terlebih dahulu.
  • Pilihlah syarikat yang betul dapat memudahkan urusan anda dan memberikah servis yang bagus.

Memilih syarikat kargo penghantaran yang boleh dipercayai

Bagaimana nak pilih service provider yang betul-betul genuine menguruskan kargo penghantaran? Disebabkan ia melibatkan kos yang tinggi dan nilai barang juga tinggi semestinya anda mengharapkan servis yang dipercayai boleh menguruskan penghantaran anda dengan selamat.
Pertama sekali dapatkan maklumat daripada pelbagai sumber; tanya pengalaman rakan yang pernah berpindah, lakukan survey dengan call/wahatsapp/facebook (tengok komen, review customer)
– Pilihlah syarikat yang betul-betul wujud. Tengok alamat pejabat, no telefon pejabat, jika pembayaran transfer dari
akaun bank wujud nombor akaun bank syarikat tersebut, bila minta quotation ada letterhead syarikat.
– Jangan percaya “bulan dan bintang”. Sekiranya ada jumpa pihak yang menjanjikan yang indah-indah
tu lebih baik berhati-hati. Tak semestinya harga yang termurah itu dapat memberikan kepuasan servis kepada
anda, seeloknya tengok dahulu track record.
– Ketahui terma dan syarat yang dikenakan. Pastikan anda fahami apakah yang disediakan terutama sekali dari segi
harga ditawarkan adakah harga sudah termasuk semua sekali ataupun ada hidden charge yang lain.
Kemudian kenalpasti servis yang ditawarkan adakah full service door to door, port to port , door to port atau port
port to door
. Transportation dan pembungkusan bagi barang-barang masuk kontena juga perlu anda
pertimbangkan sudah termasuk sekali harga ditawarkan ataupun dikira berasingan. Untuk penghantaran kereta
dengan kapal roro pastikan anda dijelaskan tentang syarat barang-barang yang dibawa dalam kereta

Baca juga pengalaman pindah CIkgu Burul dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung
https://www.kgtrans.com.my/senarai-semak-urusan-pemindahan-kereta/