2015 – 2026: 11 Tahun Sudah Beroperasi

pos motor hantar kereta

KGTrans – Pakar Penghantaran Kereta & Motor ke Sabah dan Sarawak Sejak 2015

Dalam dunia logistik, kepercayaan adalah segalanya. Setiap kenderaan yang dihantar bukan sekadar kargo, tetapi satu amanah. Di KGTrans, kami memahami nilai itu. Sebab itulah sejak tahun 2015, kami komited menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta dan motosikal yang selamat, terurus dan profesional ke Sabah dan Sarawak.

Kami mengendalikan penghantaran menggunakan dua kaedah utama:
🚢 RORO (Roll-On Roll-Off)
📦 Kontena (Container Shipping)

Setiap kaedah dipilih berdasarkan jenis kenderaan, tahap keselamatan yang diperlukan dan keperluan pelanggan.Kenapa Pilih KGTrans?

✔ Berpengalaman sejak 2015
✔ Fokus kepada penghantaran kenderaan dan motosikal
✔ SOP keselamatan yang ketat
✔ Operasi RORO dan kontena yang teratur
✔ Pasukan berpengalaman di pelabuhan dan gudang
✔ Servis telus dan profesional

Kami tidak hanya “hantar”, tetapi mengurus keseluruhan proses:

  • Pemeriksaan kenderaan

  • Proses loading profesional

  • Lashing & securing mengikut standard

  • Dokumentasi lengkap

  • Penyelarasan dengan pelabuhan dan shipping liner

————————————————————————————————————————-

RORO Shipping – Cepat & Efisien

RORO sesuai untuk penghantaran kereta dan kenderaan bergerak. Kenderaan dipandu masuk ke dalam kapal dan disusun dengan selamat.
Ia cepat, kos efektif dan sangat sesuai untuk:

  • Kereta persendirian

  • Fleet syarikat

  • SUV, MPV dan 4×4

“Drive on, ship safely, arrive with confidence.”

————————————————————————————————————————-

Container Shipping – Perlindungan Maksimum

Kontena sesuai untuk:

  • Motor

  • Kereta bernilai tinggi

  • Penghantaran berkumpulan

Setiap kenderaan akan:

  • Diikat (lashing) dengan kemas

  • Dilindungi daripada pergerakan

  • Dipastikan stabil sepanjang perjalanan

“Maximum protection for your valuable vehicle.”

————————————————————————————————————————-

Motorbike Shipping – Kepakaran Kami

Penghantaran motosikal memerlukan teknik khusus.
KGTrans memastikan:

  • Kedudukan stabil

  • Ikatan selamat

  • Risiko kerosakan minimum

Kerana bagi kami, motosikal bukan sekadar kenderaan, ia adalah harta peribadi pelanggan.

————————————————————————————————————————-

Lebih Dari Sekadar Logistik

Di KGTrans, kami percaya:

“Kenderaan anda adalah amanah kami.”

Itulah sebabnya setiap penghantaran dibuat dengan:

  • Tanggungjawab

  • Ketelitian

  • Integriti

Kami bukan broker kecil.
Kami adalah rakan logistik yang anda boleh percayai.

————————————————————————————————————————- 

Nak hantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak?
RORO atau kontena?

KGTrans sedia membantu anda dengan servis yang profesional dan diyakini.

📞 Hubungi kami hari ini
🌐 www.kgtrans.com.my
📧 wa.me/60124784344

Ship smart. Ship safe. Ship with KGTrans.

Read more

[Mac 2026] Hantar Kereta ke Kuching dari Port Klang – Harga RM2550 (All-In)

Servis hantar kereta ke Kuching dari Port Klang hanya RM2550 (ALL-IN). Penghantaran menggunakan kontena 40 kaki dengan sistem lashing selamat. Boleh letak barang dalam kereta.

Mencari servis hantar kereta ke Kuching dari Semenanjung Malaysia dengan harga berpatutan dan selamat? Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta dari Port Klang ke Kuching menggunakan kontena dengan kadar promosi RM2550 sahaja (ALL-IN).

Kaedah penghantaran ini menggunakan kontena 40 kaki, di mana kenderaan akan dimuatkan ke dalam kontena dan diikat menggunakan sistem lashing profesional bagi memastikan keselamatan sepanjang perjalanan laut ke Sarawak.

Servis Hantar Kereta ke Kuching yang Selamat

Perkhidmatan hantar kereta ke Kuching menggunakan kontena adalah antara kaedah paling selamat kerana kenderaan berada di dalam kontena tertutup. Ini membantu melindungi kenderaan daripada cuaca, habuk, dan kerosakan semasa penghantaran.

Setiap kenderaan akan:

  • dimuatkan ke dalam kontena 40 kaki

  • diikat menggunakan lashing khas

  • diperiksa sebelum dan selepas penghantaran

Harga Hantar Kereta ke Kuching

LaluanHarga
Port Klang → KuchingRM2550 (ALL-IN)

Harga ini termasuk kos penghantaran asas tanpa caj tersembunyi.

Boleh Letak Barang Dalam Kereta

Salah satu kelebihan servis hantar kereta ke Kuching menggunakan kontena ialah pelanggan boleh meletakkan barang di dalam kereta semasa penghantaran.

Ini sangat sesuai untuk:

  • pelanggan yang pindah rumah ke Sarawak

  • pelajar IPT di Kuching

  • pekerja yang bertukar tempat kerja

  • individu yang ingin menghantar barang bersama kereta

Proses Hantar Kereta ke Kuching

Proses penghantaran adalah mudah dan teratur:

  1. Hantar kenderaan ke depot Port Klang

  2. Kereta dimuatkan ke dalam kontena 40 kaki

  3. Kenderaan diikat menggunakan sistem lashing keselamatan

  4. Kontena dihantar melalui kapal ke Pelabuhan Kuching

  5. Pelanggan mengambil kereta di destinasi

Kenapa Pilih Servis Kami?

✔ Pengalaman dalam penghantaran kenderaan ke Sabah & Sarawak
✔ Sistem lashing keselamatan dalam kontena
Harga kompetitif RM2550 ALL-IN
✔ Boleh letak barang dalam kereta
✔ Proses tempahan mudah

Tempah Servis Hantar Kereta ke Kuching

Jika anda sedang mencari servis hantar kereta ke Kuching dari Port Klang, hubungi kami untuk mendapatkan maklumat jadual pelayaran dan tempahan slot kontena.

Slot penghantaran adalah terhad bagi setiap kapal, jadi pelanggan digalakkan membuat tempahan awal.

Read more

FEB 2026 – REVISION OF SHIPPING RATES / PENYELARASAN KADAR PENGHANTARAN

harga shipping kereta motor ke sabah sarawak terkini 2026

OFFICIAL NOTICE

REVISION OF SHIPPING RATES

Port Klang to Kuching & Kota Kinabalu

Date: 19 February 2026

We would like to express our sincere appreciation for your continued support and trust in our services.

Due to the sustained increase in operational expenses, port handling charges and vessel-related costs, we regret to inform that a revision of shipping rates will be implemented for the following routes:

  • Port Klang to Kuching

  • Port Klang to Kota Kinabalu

The revised rates will take effect from Feb 2026 until further notice.

Route: Port Klang → Kuching

Vehicle CategoryPrevious RateRevised Rate
Passenger CarRM 1,999RM 2,199
Light Commercial (MPV / SUV / 4×4 / Van)RM 2,299RM 2,499
High & HeavyRM 250RM 260

Route: Port Klang → Kota Kinabalu

Vehicle CategoryPrevious RateRevised Rate
Passenger CarRM 2,299RM 2,599
Light Commercial (MPV / SUV / 4×4 / Van)RM 2,550RM 2,850
High & HeavyRM 250RM 275

Important Notes:

  • Applicable for Malaysian Domestic Ro/Ro shipments only.

  • All bookings are subject to vessel schedule and space availability.

  • Confirmation of shipment is based on full payment received.

  • The Company reserves the right to amend the above rates without prior notice should operational conditions require.

We appreciate your understanding and continued cooperation.

For further clarification or booking arrangements, please contact our Customer Service Department.


PENYELARASAN KADAR PENGHANTARAN

Laluan Port Klang ke Kuching & Kota Kinabalu

Tarikh: 19 Februari 2026

Pihak KILAUAN GEMILANG TRADING (KGTrans) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan berterusan pihak tuan/puan terhadap perkhidmatan kami.

Seiring dengan peningkatan kos operasi, caj pengendalian pelabuhan serta kos berkaitan perkapalan yang berterusan, pihak pengurusan dengan ini memaklumkan bahawa penyelarasan kadar penghantaran akan dilaksanakan bagi laluan berikut:

  • Port Klang ke Kuching

  • Port Klang ke Kota Kinabalu

Kadar baharu ini akan berkuat kuasa mulai Feb 2026 sehingga dimaklumkan kelak.

Laluan: Port Klang → Kuching

Kategori KenderaanKadar SebelumKadar Baharu
Kereta (Passenger Car)RM 1,999RM 2,199
Light Commercial (MPV / SUV / 4×4 / Van)RM 2,299RM 2,499
High & HeavyRM 250RM 260

Laluan: Port Klang → Kota Kinabalu

Kategori KenderaanKadar SebelumKadar Baharu
Kereta (Passenger Car)RM 2,299RM 2,599
Light Commercial (MPV / SUV / 4×4 / Van)RM 2,550RM 2,850
High & HeavyRM 250RM 275

Perkara Penting:

  • Terpakai untuk penghantaran domestik Ro/Ro Malaysia.

  • Tertakluk kepada jadual kapal dan kekosongan ruang.

  • Tempahan hanya disahkan setelah bayaran penuh diterima.

  • Pihak syarikat berhak membuat sebarang pindaan kadar sekiranya keadaan operasi memerlukan.

Pihak kami amat menghargai kefahaman dan kerjasama berterusan daripada semua pelanggan dan rakan niaga.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Pihak Pengurusan
KILAUAN GEMILANG TRADING (KGTrans)
www.kgtrans.com.my

Read more

Berbaloi! Kos Pos Motor ke Sabah & Sarawak Bermula Harga RM7XX Sahaja

kontena motor ke sabah sarawak

Adakah anda merancang untuk berpindah ke Borneo atau baru sahaja membeli motor impian dari Semenanjung? Kini, khidmat penghantaran motosikal melalui kontena bukan lagi perkara yang rumit atau mahal.

Dengan harga serendah RM747, motor 161cc Kebawah full price (tiada caj tambahan). anda boleh menarik nafas lega kerana motor kesayangan anda akan dihantar dengan selamat dari Port Klang ke Kuching atau Port Klang ke Kota Kinabalu.

Mengapa Pilih Penghantaran Motosikal Melalui Kontena?
Bila bercakap tentang pos motor ke Sabah dan Sarawak, faktor utama yang menjadi kerisauan pemilik sudah tentulah keselamatan.

Keselamatan Terjamin: Penggunaan kontena (Full Container Load atau LCL) melindungi motor anda daripada cuaca buruk, air laut, dan risiko calar berbanding kaedah kapal roro terbuka.

Ruang Tersusun: Motor akan diikat (lashing) dengan kemas di dalam kontena bagi memastikan tiada pergerakan yang boleh menyebabkan kerosakan sepanjang pelayaran.

Tempoh Masa Penghantaran
Untuk laluan Port Klang ke Kota Kinabalu atau Kuching, tempoh masa yang diambil adalah sekitar 3 minggu lebih. Tempoh ini merangkumi proses pemuatan (loading), jadual pelayaran kapal, dan proses pelepasan di pelabuhan destinasi.

Tip: Rancang penghantaran anda lebih awal bagi memastikan motor sampai tepat pada masanya mengikut keperluan anda di sana.

Prosedur & Dokumen: Sangat Mudah!
Kami faham ramai yang risau tentang “paperwork”. Jangan risau, prosedur kami sangat straightforward. Anda hanya perlu sediakan dokumen berikut:

Salinan IC Pemilik (Depan & Belakang).

Geran Asal / VOC (Vehicle Ownership Certificate).

Surat Kebenaran/Pelepasan: * Jika masih dalam pinjaman Aeon Credit, sertakan surat pelepasan dari mereka.

Jika pinjaman kedai, dapatkan surat kebenaran daripada kedai motor berkenaan.

Slot Terhad – Tempah Sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga pos motor murah dengan servis yang diyakini. Sama ada anda penjawat awam yang bertukar cawangan atau pelajar yang mahu membawa kenderaan sendiri, kami sedia membantu.


Read more

KGTrans menawarkan pos motor dengan kontena dengan bayaran ansuran 3 kali. Installment serendah RM2XX sahaja, selamat, mudah & berlesen.

✨ Kemudahan Pembayaran Ansuran 3 Kali – Serendah RM2XX Sahaja! ✨

Khas untuk Penghantaran Motor Menggunakan Kontena.

🚢 Penghantaran Motor Kontena Dengan Ansuran 3 Kali Bayar | Serendah RM2XX Sahaja

Kini urusan penghantaran motor ke Sabah & Sarawak menjadi lebih mudah dengan KGTrans. Kami memperkenalkan kemudahan pembayaran ansuran 3 kali bayar khas untuk servis penghantaran motor menggunakan kontena.

Anda tidak perlu lagi membayar penuh sekaligus.
Cukup dengan bayaran permulaan serendah RM2XX, baki boleh dijelaskan secara ansuran mengikut jadual yang ditetapkan.

Sesuai untuk pelanggan yang mencari:

  • penghantaran motor ke Sabah

  • penghantaran motor ke Sarawak

  • shipping motor murah

  • pos motor guna kontena

  • ansuran bayar shipping motor

  • BNPL penghantaran motor

💳 Cara Pembayaran Ansuran 3 Kali:

Contoh:

  1. Bayaran Pertama: Dibayar hari ini (± RM2XX)
  2. Bayaran Kedua: Bulan seterusnya.
  3. Bayaran Ketiga: Bulan berikutnya

Menggunakan sistem Buy Now Pay Later (BNPL) yang berlesen di bawah Bank Negara Malaysia, menjadikan transaksi lebih selamat dan terjamin.

📦 Kenapa Pilih Kontena Untuk Pos Motor?

  • Penghantaran motor menggunakan kontena memberi kelebihan:
  • Lebih selamat & tersusun.

  • Perlindungan daripada cuaca & air laut

  • Kurang risiko calar atau kerosakan

  • Sesuai untuk motor kapcai & motor besar

⭐ Kelebihan Ansuran KGTrans

✅ Tidak perlu bayar penuh
✅ Bajet lebih ringan
✅ Lebih fleksibel
✅ Proses pantas
✅ Disokong sistem pembayaran sah
✅ Khas untuk penghantaran motor kontena

📲 Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut dan aktifkan pelan ansuran 3 kali bagi penghantaran motor anda.
Slot adalah terhad, tempahan awal digalakkan.

 

Read more

INI CARANYA HANTAR KERETA MOTOR MUSIM PKP

hantar kereta pkp

Sejak 18 Mac lalu kerajaan telah mengumumkan PKP disebabkan Pandemik COVID-19. Perkara ini tak pernah berlaku lagi dalam sejarah Malaysia kena lockdown disebabkan wabak yang dasyat.

Dengan sebab itu juga operasi kargo penghantaran kereta antara Semenanjung Sabah dan Sarawak terkena tempiasnya. Ada kereta atau motor yang dah kapal sampai tak boleh diambil lagi, manakan tidak contohnya kapal tiba di Port Klang 16 Mac sehari berikutnya baru selesai proses pelepasan. Dalam masa sehari 17 Mac last day berbaki. Ada kereta yang sempat ambil ada yang sempat hantar ada jugak yang masih tersangkut di Port Klang. Sehingga hari ini, 11 Mei masih ada lagi kereta yang terkandas.  Treler pun tak jalan, runner pun tak boleh rentas negeri. Ada pelanggan yang sudah mula risau kereta belum lagi dampai di depan mata. Apapun kereta dan motor Tuan/Puan kami simpan dengan selamat.. Selain itu juga proses penghantaran ke Sabah dan Sarawak juga tegendala disebabkan pergerakan terhad. Hanya kereta dan motor yang sudah sampai di Port Klang sahaja dapat diuruskan naik kapal. Itupun terhad ke Kuching dan Kota Kinabalu sahaja.. Kena self pick up  di pelabuhan sana.

Walaubagaimanapun dalam fasa PKPB ini terdapat kelonggaran yang mana operasi penghantaran dapat dijalankan tetapi agak servis agak terhad. Tetapi bagi yang memerlukan agak lega at least boleh juga dihantar. Setakat ini (10 Mei) pihak KGTrans dapat membantu menyediakan perkhidmatan seperti berikut…

  • KARGO KERETA PORT KLANG KE KOTA KINABALU / KUCHING

Pergerakan kapal seperti biasa sebulan 2x. Pada bulan Mei ada kapal pada 13/05 dan 29/05. Bulan Jun 10/06 dan 27/06. Pemilik kenderaan bolehlah hantar terus ke Port Klang untuk tarikh seperti di atas. Bagi kereta dari luar negeri Selangor, pihak KGTrans akan menyediakan supporting document kepada Tuan/Puan bagi memohon kebenaran rentas negeri melalui balai polis berhampiran. Perkhidmatan untuk kereta buat masa ini terhad hanya untuk Port Klang ke Kota Kinabalu & Kuching sahaja (port to port). Servis Pick up dari kawasan lain belum lagi bermula.

  • KARGO MOTOR SEMENANJUNG KE KOTA KINABALU / KUCHING

Tarikh kapal juga sama seperti di atas (13/05, 29/05, 10/06, 27/06). Servis yang sudah bermula ialah Port to Port (Dari Port Klang ke Kota Kinabalu & Kuching).

  1. Door to Port  Laluan Utara – Bermula dari Alor Setar ke Kota Kinabalu & Kuching.
  2. Door to Port Laluan Selatan – Bermula dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu & Kuching.
  3. Door to Port Laluan Pantai Timur – Belum bermula.
  4. Door to Port Lembah Klang – Belum bermula (kena hantar sendiri ke Port Klang)
  • KARGO KERETA & MOTOR DARI KOTA KINABALU / KUCHING KE SEMENANJUNG

(Belum ada jadual kapal dari Sabah & Sarawak ke Semenanjung)

Pada hari ni juga YAB Perdana Menteri mengumumkan PKP akan dilanjutkan lagi sebulan sehingga 9 Jun 2020. Oleh itu berkemungkinan juga servis kargo agak terhad tidak seperti sedia kala. Melainkan ada perkembangan terkini dari kerajaan yang membolehkan operasi kargo ini dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh, pihak KGTrans akan update dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau urusan booking bolehlah berhubung (call atau whatsapp) dengan kami di 0109633314 (Niesha) atau 0124784344 (Hafiz). Kami akan cuba membantu anda dengan kadar yang mampu dalam keadaan PKP yang agak terhad.

Sempenan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini pihak KGTrans ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Patuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan terutama sekali nasihat KKM. Stay Home-Stay Safe, Jaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan jaga kebersihan. Semoga dengan lanjutan PKP 9 Jun nanti adalah yang terakhir seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baharu.

Read more

Senarai Semak Urusan Pemindahan Kereta dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung

hantar kereta sabah sarawak semenanjung
Jom kita baca pengalaman nak buat penghantaran kereta ke Semenanjung oleh Cikgu Nurul
Pertama sekali, tahniah kepada semua guru yg dapat berpindah utk sesi pertukaran bulan Jun ini.
Bagi yg bertukar dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung, sudah tentu banyak perkara & harta benda yang perlu diuruskan.
Saya nak kongsi tentang urusan pemindahan kereta.
Bagi guru yang perkhidmatannya di SS melebihi 5 tahun, guru layak dapat elaun kargo. Yang ni kena tunggu surat rasmi dari KPM & perlu berurusan dengan kerani sekolah. Prosesnya agak lama kerana perlu tunggu tender dsb.Bagi mereka yang tak dapat elaun kargo (seperti saya), nak tak nak terpaksalah uruskan sendiri. Berikut adalah senarai semak perkara yang perlu dilakukan untuk proses penghantaran kereta ke semenanjung:

  1. . Pilih syarikat kargo yang sesuai & berpatutan
    ~ Buatlah carian melalui laman web atau media sosial atau bertanyakan rakan2 lain yang ada pengalaman
    ~ Survey beberapa syarikat untuk bandingkan servis, pakej & harga
  2. Tentukan servis yang diperlukan
    ~ Penghantaran kereta sahaja, ataukereta
    ~ Penghantaran kereta & barang (guna kontena)
  3. Pilih pakej yang diperlukan
    ~ Port to port
    ~ Door to port
    ~ Port to door
    ~ Door to door
    Harga sudah tentu berbeza. So, choose wisely.
    # saya pilih door to door. Maksudnya syarikat kargo akan ambil kereta kita di rumah & bila sampai port klang, mereka akan hantar kereta kita sampai ke rumah juga.

  4.  Ketahui terma & syarat
    ~ Hubungi syarikat kargo. Biasanya mereka akan terangkan mengenai syarat2 yang berkaitan, termasuklah barang2 yang dibenarkan ada dalam kereta semasa penghantaran & barang2 larangan.
    ~ Ikut saja semua syarat, jangan ingkar. Kalau tak, menangislah kereta kena tahan dengan kastam.

  5. Pilih tarikh penghantaran
    ~ Perjalanan kapal ulang alik ambil masa beberapa hari, custom clearance lagi. Jadi, kapal tak berlayar setiap hari.
    ~ Hantar lah kereta dekat dengan tarikh pergerakan kapal, supaya kita pun tak menunggu terlalu lama.
    ~ Tempoh penghantaran biasanya mengambil masa 1-2 minggu.
  6.  Pelepasan daripada bank
    ~ Jika kereta masih dalam pinjaman (loan), perlu maklumkan kepada pihak bank. So, takdelah bank ingat kita nak bawak lari kereta.
    ~ Bawak kita punya surat arahan pertukaran stesen bertugas, tunjuk pada pihak bank.
    ~ Bank akan keluarkan satu surat pelepasan (release letter) untuk kereta tersebut dipindahkan ke semenanjung. Kalau takde release letter ni, tak pasal2 nanti kereta kena tahan dengan kastam.
    ~ Alang-alang tu, terus mintak salinan asal geran kereta (original copy of green card). Selalunya geran asal akan diberi oleh bank lepas kita dah habis bayar kan, tapi takkanlah dah habis loan nanti nak datang balik SS semata2 nak ambik geran kereta ye tak. Biasanya bank akan bagi.
  7.  Cukai Jalan (Road tax)
    ~ Kadar bayaran cukai jalan di SS adalah lebih rendah daripada Semenanjung
    ~ Mengikut peraturan, kereta yang guna cukai jalan SS hanya boleh digunakan di sana saja
    ~ Tapi dalam situasi tertentu yang menyebabkan kita terpaksa bawa kereta itu ke Semenanjung, cukai jalan SS itu boleh sah digunakan dalam tempoh 3 bulan.
    ~ Dalam tempoh 3 bulan itu, pastikan dokumen yang mengesahkan pemindahan kereta spt shipping invoice sentiasa ada bersama & ditunjukkan kepada pihak berkuasa jika perlu (misalnya semasa road block)
    ~ Selepas 3 bulan, jika cukai jalan kita belum tamat tempoh, kita hanya perlu bayar kadar perbezaan harga cukai jalan bagi bulan yang berbaki sahaja. Rujuklah ke JPJ.
  8. Barang dalam kereta
    ~ Mungkin ada syarikat benarkan letak barang dalam kereta semasa penghantaran, ada juga yang tidak benarkan. Jadi, pastikan tanya dulu.
    ~Jika nak letak barang dalam kereta, bungkus barang elok2, paling bagus kalau boleh wrap macam kat airport.
    ~ Labelkan setiap kotak.
    ~ JANGAN sesekali letak barang berharga
    ~ Barang2 elektrik & elektronik tidak dibenarkan oleh kastam.
    ~ Segala aksesori tambahan dalam kereta better kita turunkan & bungkus.
  9.  Lain-lain Tips & Pengalaman
    ~ Kita tak tahu sepenuhnya keadaan kereta atas kapal, siapa orang2 sekeliling, pekerja kapal macam mana, so better be safe than sorry. Sebab tu jangan letak barang2 yang bernilai.
    ~ Saya dulu, ada 1 kotak yang ada kesan orang bukak kat tepi, walaupun dah label kat atas. Mungkin kastam, mungkin juga orang lain. Sebab tu jangan nak tipu2 masuk barang larangan, takut kastam bukak.
    ~ Masa dapat balik kereta, ada bau asap rokok, dan tempat cucuh rokok yang tak pernah saya sentuh telah terbuka.

Apa-apa pun, saya cukup berpuas hati dengan servis penghantaran kereta saya. Yang paling penting, kereta tiba di pintu rumah dengan selamat dalam tempoh yang lebih singkat daripada jangkaan.
Semoga urusan anda juga dipermudahkan ^_^

Sumber:  http://ceritacikgunurul.blogspot.com/2019/06/senarai-semak-urusan-pemindahan-kereta.html

Tambahan… Sekiranya tuan/puan ingin mengetahu jadual penghantaran kapal yang terkini bolehlah semak di https://www.kgtrans.com.my/jadual
Read more

Panduan Keperluan Dokumen Hantar Kereta & Motor Dengan Kapal Laut

prosedur dan cara hantar kereta dan motor ke sabah sarawak

Dokumen Diperlukan Untuk Hantar Kereta & Motor Dengan Kapal Laut

Jika ingin membawa kenderaan anda dengan kapal laut ke Semenanjung Sabah dan Sarawak terdapat 2 cara.

  1. Menggunakan Kargo Udara
  2. Dengan Kapal Laut (RoRo & Kontena)

Kedua-dua cara di atas ada pro dan kontra masing-masing. Bagi kargo udara semestinya pilihan yang tepat bagi anda yang urgent untuk sampai dengan pantas. Tetapi memerlukan kos yang tinggi. Sekiranya anda ada bajet yang tinggi bolehlah memilih dengan hantar menggunakan kaedah udara bagi kereta contohnya seperti Maskargo dalam anggaran sekitar RM6000 keatas (untuk harga yang terkini yang tepat bolehla rujuk dengan pihak Maskargo sendiri).

Namun sekiranya anda memilih dengan cara hantar dengan kapal laut, semestinya harga lebih murah sekitar RM1500 – RM1700 bagi kereta dan RM745 – RM850 bagi motosikal dan tempoh penghantaran keseluruhannya sekitar 8 – 11 hari.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk hantar kereta motorIC Pemilik Hantar Kereta

  1. Salinan Mykad/IC pemilik depan & belakang
  • Salinan Mykad/IC mestilah disediakan dua bahagian depan & belakang. Mestilah bersaiz penuh dan setiap butiran boleh dibaca dengan jelas.
  • Mykad/IC tersebut mestilah matching  dengan nama dalam geran kereta motor.
  • Untuk tujuan booking mestilah mestilah dihantar dalam format softcopy .png jpg.pdf.
  • Boleh rujuk di sini maklumat rasmi JPJ tentang VOC (Sijil Pemilikan Kenderaan)

Dokumen hantar kereta motor

2. Salinan Dokumen Geran/VOC/Kad Pendaftaran/Green Card
  • Sekiranya Geran yang format lama (saiz A4) mestilah disediakan bahagian depan dan belakang.
  • Untuk Geran yang format baru bersaiz kecil (separuh saiz A4) cukup hanya bahagian depan.
  • Dokumen boleh dibaca dengan jelas dan bersaiz penuh.
  • Untuk tujuan booking mestilah mestilah dihantar dalam format softcopy .png jpg.pdf.

Dokumen hantar kereta motor

        3. Surat Pelepasan Bank/Aeon/Kedai (Pihak pemberi loan semasa beli kereta/motor)
  • Jika kereta atau motor yang masih terikat dengan loan. Wajib ada surat pelepasan.
  • Surat pelepasan mestilah pemilik sendiri yang kena apply dengan pihak pemiutang yang bagi loan.
  • Kegagalan mendapatkan dokumen surat pelepasan menyebabkan urusan penghantaran tidak dapat diuruskan.
         4. Lain-Lain Dokumen Sokongan
  • Sekiranya sudah habis bayar loan; mestilah disertakan dokumen sokongan untuk buat penghantaran.
    • Ehakmilik JPJ atau
    • Settlement statement slip

Dokumen hantar kereta motor

Dengan adanya dokumen yang lengkap. Proses penghantaran dapat dibuat dengan mudah. Hantarkan dokumen berikut untuk booking slot kapal. Seterusnya proses serahan kereta dan motor boleh dibuat sama ada hantar ke port ataupun pick up dari lokasi tempat anda.

Semasa proses serahan dibuat salinan potostat dokumen yang sama seperti di atas mestilah diberikan bersama-sama dengan kenderaan. Dokumen yang original tak perlu bagi. Cuma bagi yang potostat sahaja.

Cara-caranya membuat booking penghantaran ialah:

Dokumen penghantaran tersebut dan hantar yang softcopy dahulu.

  1. Scan dan emelkan ke sales@kgtrans.com.my
  2. Snap gambar dokumen dan Whatsapp ke wasap.my/60124784344. Pastikan dokumen yang anda Whatsapp adalah dokumen yang berkualiti tinggi; cerah + jelas + full size.

Seterusnya sila buat pengesahan penghantaran,, sertakan sekali dengan maklumat kereta atau motor yang akan dihantar;

Utk pengesahan booking[ISIKAN DENGAN HURUF BESAR]
Isikan details penghantaran kereta spt berikut
NAMA PEMILIK:
NO IC:
NO PLAT:
MODEL KENDERAAN:
NO CHASIS:
NO ENJIN:
KEUPAYAAN ENJIN:
WARNA:
TAHUN DIBUAT:
NAMA PENGELUAR:
HANTAR DARI MANA:
HANTAR KE MANA:
NO TEL:
BARANG DLM KERETA: ADA/TIADA?

Cara membuat booking penghantaran dengan pantas dan mudah dengan melalui Whatsapp. Hantar dokumen diperlukan dan juga maklumat pengesahan seperti di atas whatsapp ke 012478344. Ataupun boleh juga membuat tempahan online di website kgtrans di link https://www.kgtrans.com.my/booking.

Pastikan anda membuat tempahan lebih awal seminggu (5 hari bekerja) sebelum tarikh kapal bagi memudahkan urusan proses penghantaran kereta atau motor anda. Dinasihatkan jangan last minit disebabkan kemungkinan masa yang terhad tak sempat diuruskan. Sila rancang masa dengan bijak anda sila rujuk jadual penghantaran terkini. Bagi kereta dan motor yang memerlukan servis pick up dari tempat anda. Sila standby lebih awal untuk lori atau treler ataupun runner ambik dan bawa ke port.

Sekiranya dalam kereta ada diletakkan barang-barang peribadi, perlu difahami bahawa risiko ke atas barangan tersebut adalah tanggungjawab pemilik sepenuhnya. Pihak agent/shipping liner/port  tidak bertanggungjawab ke atas barang-barang dibawa. Sebarang kerosakan tiada cover dan terhad ke atas kenderaan dan aksesori standard sahaja. Untuk motosikal pula helmet tak dibenarkan bagi sekali.

Apa yang perlu diberikan semasa serahan ialah:

  1. Kenderaan
  2. Potostat dokumen
  3. Kunci kereta/motor dan pastikan kenderaan boleh dihidupkan.

Akhir sekali tunggu sampai ke destinasi pilihan. Pastikan anda membuat pembayaran penuh sebelum kenderaan anda dapat dituntut.

Read more

APA NAK BUAT KALAU DILANGGAR KERETA YANG TAK ADA INSURANS?

APA NAK BUAT KALAU DILANGGAR KERETA YANG TAK ADA INSURANS?

Ramainya yang tanya berkenaan soalan ini. Sebab mereka fikir tidak akan dapat menuntut langsung kerana tiada insurans dan juga lesen.

Jangan salah anggap. Walaupun tidak ada lesen atau insurans, tetapi tetap berlaku kemalangan dan menyebabkan kerugian kan? Jadi ada boleh menuntut.

Tuntutan anda boleh dibuat atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan (jika si pemandu bukan pemilik) walaupun tiada insurans.

Mereka tidak dilindungi, anda boleh saman atas kapasiti persendirian. Jika anda menang tuntutan dan mahkamah memerintahkan mereka bayar tetapi mereka ingkar untuk bayar, anda boleh cuba ‘recover’ jumlah tersebut melalui prosiding seperti penyitaan barangan, kebankrapan dan lain-lain.

Anda telah mengalami kerugian akibat kecuaian si pelanggar, tidak adil semata-mata mereka tidak mempunyai insurans, mereka tidak perlu bayar apa-apa.

Mereka juga tidak adil, tidak membeli insurans langsung seperti pengguna jalan raya lain dan menyusahkan pengguna jalan raya lain untuk menuntut.

Untuk menuntut bagi kes kecuaian kemalangan tanpa insurans ini, sangat-sangat penting anda dapatkan maklumat pemandu sebab bila hendak mulakan saman, nama dan butiran pemandu diperlukan untuk menyaman. Gagal dapat butiran memang menyebabkan anda tidak boleh menyaman.

Jadi apa langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan oleh pemandu tanpa lesen dan tanpa insurans?

1) Tangkap gambar kereta yang melanggar, tangkap gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas laporan polis, polis akan tangkap gambar. Lebih elok jika ada rekod sendiri).

2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.

3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam report polis)

4) PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar-nama penuh, kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik.

5) Buat laporan polis bagi kemalangan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kemalangan dan membuat laporan penuh serta lakaran kemalangan.

6) Hubungi pihak insurans anda.

7) Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.

Elakkan settlement luar kerana kebanyakkan kes, selepas pihak-pihak tidak membuat laporan polis. Pihak yang berjanji hendak buat settlement akan cabut lari.

Hati-hati ketika memandu.

Silakan share supaya kita semua tahu hak kita.

Yang benar
Peguam Anda
Nor Zabetha

Artikel menarik ini dikongsi daripada lamanweb mekanika

credit: https://www.mekanika.com.my/apa-nak-buat-kalau-dilanggar-kereta-yang-tak-ada-insurans/

Read more

Operation Hour Sempena Cuti Hari Raya

Salam Aidilfitri

Salam sejahtera & selamat berhujung minggu kepada pengunjung lamanweb KGTrans.

Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada warga Sabah “KOTOBIAN TADAU KAAMATAN”.
Selamat Hari Gawai Kepada orang Sarawak GAYU GURU GERAI NYAMAI”.
Dan juga ucapan  hari raya yang akan datang,,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN”

Sempena musim perayaan ini berikut adalah waktu beroperasi;

  • Cuti urusan pejabat : 04 Jun2019 – 10 Jun 2019
  • Cuti operasi di Port Klang: 04 Jun 2019 – 09 Jun 2019
  • Cuti operasi di Sarawak: 04 Jun 2019 – 09 Jun 2019
  • Cuti operasi di Sabah: 04 Jun 2019 – 09 Jun 2019

Sebarang urusan serahan dan pengambilan kenderaan dalam tempoh di atas tak dapat diuruskan.

Tarikh kapal selepas raya seperti berikut:

  • Kapal dari Port Klang 11 Jun: Cut-Off  booking 3 Jun. Last serahan 10 Jun
  • Kontena dari Kuching 16 Jun: Cut-Off booking 11 Jun. Last serahan 12 Jun
  • Kontena dari Kota Kinabalu 18 Jun: Cut-Off booking 13Jun. Last serahan 15 Jun

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan penghantaran boleh terus hubungi 0124784344 atau klik sini untuk Whatsapp.

SELAMAT  BERCUTI BERHATI-HATI MEMANDU DI JALAN RAYA – SEMOGA SELAMAT DALAM PERJALANAN

Read more