hantar kereta

INI CARANYA HANTAR KERETA MOTOR MUSIM PKP

hantar kereta pkp

Sejak 18 Mac lalu kerajaan telah mengumumkan PKP disebabkan Pandemik COVID-19. Perkara ini tak pernah berlaku lagi dalam sejarah Malaysia kena lockdown disebabkan wabak yang dasyat.

Dengan sebab itu juga operasi kargo penghantaran kereta antara Semenanjung Sabah dan Sarawak terkena tempiasnya. Ada kereta atau motor yang dah kapal sampai tak boleh diambil lagi, manakan tidak contohnya kapal tiba di Port Klang 16 Mac sehari berikutnya baru selesai proses pelepasan. Dalam masa sehari 17 Mac last day berbaki. Ada kereta yang sempat ambil ada yang sempat hantar ada jugak yang masih tersangkut di Port Klang. Sehingga hari ini, 11 Mei masih ada lagi kereta yang terkandas.  Treler pun tak jalan, runner pun tak boleh rentas negeri. Ada pelanggan yang sudah mula risau kereta belum lagi dampai di depan mata. Apapun kereta dan motor Tuan/Puan kami simpan dengan selamat.. Selain itu juga proses penghantaran ke Sabah dan Sarawak juga tegendala disebabkan pergerakan terhad. Hanya kereta dan motor yang sudah sampai di Port Klang sahaja dapat diuruskan naik kapal. Itupun terhad ke Kuching dan Kota Kinabalu sahaja.. Kena self pick up  di pelabuhan sana.

Walaubagaimanapun dalam fasa PKPB ini terdapat kelonggaran yang mana operasi penghantaran dapat dijalankan tetapi agak servis agak terhad. Tetapi bagi yang memerlukan agak lega at least boleh juga dihantar. Setakat ini (10 Mei) pihak KGTrans dapat membantu menyediakan perkhidmatan seperti berikut…

  • KARGO KERETA PORT KLANG KE KOTA KINABALU / KUCHING

Pergerakan kapal seperti biasa sebulan 2x. Pada bulan Mei ada kapal pada 13/05 dan 29/05. Bulan Jun 10/06 dan 27/06. Pemilik kenderaan bolehlah hantar terus ke Port Klang untuk tarikh seperti di atas. Bagi kereta dari luar negeri Selangor, pihak KGTrans akan menyediakan supporting document kepada Tuan/Puan bagi memohon kebenaran rentas negeri melalui balai polis berhampiran. Perkhidmatan untuk kereta buat masa ini terhad hanya untuk Port Klang ke Kota Kinabalu & Kuching sahaja (port to port). Servis Pick up dari kawasan lain belum lagi bermula.

  • KARGO MOTOR SEMENANJUNG KE KOTA KINABALU / KUCHING

Tarikh kapal juga sama seperti di atas (13/05, 29/05, 10/06, 27/06). Servis yang sudah bermula ialah Port to Port (Dari Port Klang ke Kota Kinabalu & Kuching).

  1. Door to Port  Laluan Utara – Bermula dari Alor Setar ke Kota Kinabalu & Kuching.
  2. Door to Port Laluan Selatan – Bermula dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu & Kuching.
  3. Door to Port Laluan Pantai Timur – Belum bermula.
  4. Door to Port Lembah Klang – Belum bermula (kena hantar sendiri ke Port Klang)
  • KARGO KERETA & MOTOR DARI KOTA KINABALU / KUCHING KE SEMENANJUNG

(Belum ada jadual kapal dari Sabah & Sarawak ke Semenanjung)

Pada hari ni juga YAB Perdana Menteri mengumumkan PKP akan dilanjutkan lagi sebulan sehingga 9 Jun 2020. Oleh itu berkemungkinan juga servis kargo agak terhad tidak seperti sedia kala. Melainkan ada perkembangan terkini dari kerajaan yang membolehkan operasi kargo ini dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh, pihak KGTrans akan update dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau urusan booking bolehlah berhubung (call atau whatsapp) dengan kami di 0109633314 (Niesha) atau 0124784344 (Hafiz). Kami akan cuba membantu anda dengan kadar yang mampu dalam keadaan PKP yang agak terhad.

Sempenan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini pihak KGTrans ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Patuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan terutama sekali nasihat KKM. Stay Home-Stay Safe, Jaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan jaga kebersihan. Semoga dengan lanjutan PKP 9 Jun nanti adalah yang terakhir seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baharu.