Blog

Panduan Keperluan Dokumen Hantar Kereta & Motor Dengan Kapal Laut

prosedur dan cara hantar kereta dan motor ke sabah sarawak

Dokumen Diperlukan Untuk Hantar Kereta & Motor Dengan Kapal Laut

Jika ingin membawa kenderaan anda dengan kapal laut ke Semenanjung Sabah dan Sarawak terdapat 2 cara.

  1. Menggunakan Kargo Udara
  2. Dengan Kapal Laut (RoRo & Kontena)

Kedua-dua cara di atas ada pro dan kontra masing-masing. Bagi kargo udara semestinya pilihan yang tepat bagi anda yang urgent untuk sampai dengan pantas. Tetapi memerlukan kos yang tinggi. Sekiranya anda ada bajet yang tinggi bolehlah memilih dengan hantar menggunakan kaedah udara bagi kereta contohnya seperti Maskargo dalam anggaran sekitar RM6000 keatas (untuk harga yang terkini yang tepat bolehla rujuk dengan pihak Maskargo sendiri).

Namun sekiranya anda memilih dengan cara hantar dengan kapal laut, semestinya harga lebih murah sekitar RM1500 – RM1700 bagi kereta dan RM745 – RM850 bagi motosikal dan tempoh penghantaran keseluruhannya sekitar 8 – 11 hari.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk hantar kereta motorIC Pemilik Hantar Kereta

  1. Salinan Mykad/IC pemilik depan & belakang
  • Salinan Mykad/IC mestilah disediakan dua bahagian depan & belakang. Mestilah bersaiz penuh dan setiap butiran boleh dibaca dengan jelas.
  • Mykad/IC tersebut mestilah matching  dengan nama dalam geran kereta motor.
  • Untuk tujuan booking mestilah mestilah dihantar dalam format softcopy .png jpg.pdf.
  • Boleh rujuk di sini maklumat rasmi JPJ tentang VOC (Sijil Pemilikan Kenderaan)

Dokumen hantar kereta motor

2. Salinan Dokumen Geran/VOC/Kad Pendaftaran/Green Card
  • Sekiranya Geran yang format lama (saiz A4) mestilah disediakan bahagian depan dan belakang.
  • Untuk Geran yang format baru bersaiz kecil (separuh saiz A4) cukup hanya bahagian depan.
  • Dokumen boleh dibaca dengan jelas dan bersaiz penuh.
  • Untuk tujuan booking mestilah mestilah dihantar dalam format softcopy .png jpg.pdf.

Dokumen hantar kereta motor

        3. Surat Pelepasan Bank/Aeon/Kedai (Pihak pemberi loan semasa beli kereta/motor)
  • Jika kereta atau motor yang masih terikat dengan loan. Wajib ada surat pelepasan.
  • Surat pelepasan mestilah pemilik sendiri yang kena apply dengan pihak pemiutang yang bagi loan.
  • Kegagalan mendapatkan dokumen surat pelepasan menyebabkan urusan penghantaran tidak dapat diuruskan.
         4. Lain-Lain Dokumen Sokongan
  • Sekiranya sudah habis bayar loan; mestilah disertakan dokumen sokongan untuk buat penghantaran.
    • Ehakmilik JPJ atau
    • Settlement statement slip

Dokumen hantar kereta motor

Dengan adanya dokumen yang lengkap. Proses penghantaran dapat dibuat dengan mudah. Hantarkan dokumen berikut untuk booking slot kapal. Seterusnya proses serahan kereta dan motor boleh dibuat sama ada hantar ke port ataupun pick up dari lokasi tempat anda.

Semasa proses serahan dibuat salinan potostat dokumen yang sama seperti di atas mestilah diberikan bersama-sama dengan kenderaan. Dokumen yang original tak perlu bagi. Cuma bagi yang potostat sahaja.

Cara-caranya membuat booking penghantaran ialah:

Dokumen penghantaran tersebut dan hantar yang softcopy dahulu.

  1. Scan dan emelkan ke sales@kgtrans.com.my
  2. Snap gambar dokumen dan Whatsapp ke wasap.my/60124784344. Pastikan dokumen yang anda Whatsapp adalah dokumen yang berkualiti tinggi; cerah + jelas + full size.

Seterusnya sila buat pengesahan penghantaran,, sertakan sekali dengan maklumat kereta atau motor yang akan dihantar;

Utk pengesahan booking[ISIKAN DENGAN HURUF BESAR]
Isikan details penghantaran kereta spt berikut
NAMA PEMILIK:
NO IC:
NO PLAT:
MODEL KENDERAAN:
NO CHASIS:
NO ENJIN:
KEUPAYAAN ENJIN:
WARNA:
TAHUN DIBUAT:
NAMA PENGELUAR:
HANTAR DARI MANA:
HANTAR KE MANA:
NO TEL:
BARANG DLM KERETA: ADA/TIADA?

Cara membuat booking penghantaran dengan pantas dan mudah dengan melalui Whatsapp. Hantar dokumen diperlukan dan juga maklumat pengesahan seperti di atas whatsapp ke 012478344. Ataupun boleh juga membuat tempahan online di website kgtrans di link https://www.kgtrans.com.my/booking.

Pastikan anda membuat tempahan lebih awal seminggu (5 hari bekerja) sebelum tarikh kapal bagi memudahkan urusan proses penghantaran kereta atau motor anda. Dinasihatkan jangan last minit disebabkan kemungkinan masa yang terhad tak sempat diuruskan. Sila rancang masa dengan bijak anda sila rujuk jadual penghantaran terkini. Bagi kereta dan motor yang memerlukan servis pick up dari tempat anda. Sila standby lebih awal untuk lori atau treler ataupun runner ambik dan bawa ke port.

Sekiranya dalam kereta ada diletakkan barang-barang peribadi, perlu difahami bahawa risiko ke atas barangan tersebut adalah tanggungjawab pemilik sepenuhnya. Pihak agent/shipping liner/port  tidak bertanggungjawab ke atas barang-barang dibawa. Sebarang kerosakan tiada cover dan terhad ke atas kenderaan dan aksesori standard sahaja. Untuk motosikal pula helmet tak dibenarkan bagi sekali.

Apa yang perlu diberikan semasa serahan ialah:

  1. Kenderaan
  2. Potostat dokumen
  3. Kunci kereta/motor dan pastikan kenderaan boleh dihidupkan.

Akhir sekali tunggu sampai ke destinasi pilihan. Pastikan anda membuat pembayaran penuh sebelum kenderaan anda dapat dituntut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *