Bilakah Motor Atau Kereta Akan Diambil?

Pos motor dari negeri di Semenanjung..

  • Mohon standby seminggu sebelum tarikh kapal bertolak dari Port Klang.
  • Sebelum lori ambil driver akan call dahulu dengan Tuan/Puan untuk set masa.  Tiada jadual tarikh tepat awal bilakah lori akan ambil disebabkan tumpang trip lori.
  • Kebanyakkannya akan diambil dari rumah. Jika lokasi moto di kawasan pendalaman yang bukan laluan lori, Tuan/Puan mestilah hantar ke pick up point  terdekat dengan laluan lori. Contoh lokasi motor di Baling Sik, Kedah. Lori akan ambil di laluan utama Sungai Petani.
  • Terdapat extra charge dikenakan ambil dari dalam pulau.

Hantar kereta dari negeri di Semenanjung..

  • Mohon standby seminggu sebelum tarikh kapal bertolak dari Port Klang.
  • Ada 2 kaedah; runner pick up dari rumah & naik treler
  • Jika lokasi kereta di Selangor/KL/Nilai runner akan ambil bawa ke Port Klang
  • Jika dari negeri lain, runner pick up dari rumah ataupun naik treler. Jika runner pick up anda boleh set tarikh dan masa sesuai bilakan waktu sesuai, runner akan follow masa Tuan/Puan.
  • Jika naik treler akan diambil mengikut tarikh & masa trip treler. Trip treler seminggu 1-3 kali mengikut kawasan. Treler hanya beroperasi pada hari bekerja Isnin – Jumaat. Tiada maklumat awal bilakah jadual treler ke tempat Tuan/Puan.
  • Treler tidak akan ambil kereta dari pintu rumah tetapi hany akan ambil dari pick up point di sekitar bandar, laluan utama dan exit highway berdekatan.

Pos motor dari Sarawak..

  • Mohon standby seminggu sebelum tarikh kapal bertolak dari Kuching.
  • Hanya menggunakan treler.
  • Laluan treler Kch – Sibu – Bintulu – Miri.
  • Motor akan diambil di sepanjang laluan utama atau sekitar bandar.

Pos kereta dari Sarawak..

  • Mohon standby seminggu sebelum tarikh kapal bertolak dari Kuching.
  • Hanya menggunakan treler.
  • Laluan treler Kch – Sibu – Bintulu – Miri.
  • Motor akan diambil di sepanjang laluan utama atau sekitar bandar.

Pos motor dari Sabah..

  • Mohon standby seminggu sebelum tarikh kapal
  • Akan diambil menggunakan lori kargo.
  • Lokasi pick up di Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sipitang.
  • Motor akan diambil dari rumah bagi lokasi kediaman dalam bandar atau berdekatan lalaun utama.

Pos kereta dari Sabah..

  • Mohon standby seminggu sebelum tarikh kapal
  • Ada 2 kaedah; runner pick up dari rumah & naik treler
  • Runner pick up dari kawasan Kota Kinabalu, Keningau, Penampang, Tuaran, Kota Belud & Kundasang.
  • Naik treler/lori dari Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu Tawau & Kunak.